Wednesday, 25 January 2012

Part 5: The End Is Near

Sedutan Episode 4 Part 2
Syidi: haa apa yang rahsia sangat ko nak bincang dengan aku je ni?
Mus: Sebenarnya bro ada benda yang aku tak citer kat Fendi tadi.tadi aku panik, aku tak teringat nak cakap masa dia soal aku kat taman tadi.
Syidi: ok skang ko citer kat aku, ko jangan nak tipu-tipu aku lagi Mus..
Mus: ok macam ni bro...sebenarnya ada dari duit korang tu aku guna untuk..................


Episode 5...
Syidi: Untuk apa Mus!!berjudi? Hutang along?main forex?!! Ke sebenarnya ko ni kene scam ngan supplier kan tapi ko takut nak citer..tul tak...apsal? supplier tu ugut ko ke?

Syidi meninggikan sedikit suara..dia masih menaruh harapan agar supplier Ipad benar- benar wujud. Terkejut Zack yang baru nak meneguk air Radix di meja berhampiran. Syidi tak sabar nak tau apa sebenarnya yang dibuat oleh Mus dengan duit sebanyak tu.Persoalan sama yang menghantui semua mangsa-mangsa dan forumer CG yang lain.

Mus: Ok macam ni bro..sebenarnya ada dari duit korang tu aku guna untuk bayar hutang lama aku, ada jugak hutang dengan along, bayar ansuran kereta, ada beli barang sket..yang selebihnya memang aku rolling je duit tu tuk beli ipad di kedai.

Syidi tergamam seketika mendengar penjelasan Mus ..dia berfikir sejenak.. Masih tidak puas hati dengan jawapan yang Mus berikan. Syidi merasakan ada sesuatu yang masih Mus sembunyikan darinya.Syidi memalingkan muka ke arah Zack yang duduk berseorangan.Mus melihat Syidi memandang ke arah Zack sambil berkata ;
Mus: Tu sapa bro ? Kawan ko ke?
Syidi: Laa..ko tak kenal mamat tu? Tu la Zack salah sorang customer a.k.a mangsa ko.Otai tu kat CG.satu CG kenal dia ko bleh tak kenal..Otai pun ko redah je Mus? Hebat betul ko..Zack ni antara top seller kat CG.dia jual obat kuat.arini bank in, esok pagi terus barang sampai.ko lak tebalik, arini bank in, pas 2 bulan bayang Ipad pun aku tak nampak..sarong lap meja je ko bagi.bila aku tanya macam- macam alasan ko .stok lambat la,skynet problem la,barang rosak la..sedap je ko tipu orang kan...jap aku panggil Zack.
Zack! Meh sini..


Zack tersengih apabila Syidi memanggilnya duduk sekali.Zack duduk di sebelah Syidi .

Syidi: Bro, boleh dia tak kenal ko..dia ingat ko takde kaitan dalam citer ni..
Zack: eh ko ni..aku la Zack CG! Boleh ko tak kenal aku eh.. Sekali aku bagi baru ko tau..

Zack mengangkat tangan mengacah untuk melempang Mus.
Mus seakan fobia dan teringat- ingat peristiwa di taman tadi dan terus menutup mukanya dengan tangan.


Mus: sori Zack sori..aku tak kenal muka ko sebab tak penah jumpa..
Zack: Rilex la..aku bukan nak lempang betul- betul pun...aku muka je ganas..dalam hati ada taman...


Zack berkata- kata sambil mencedok dialog Adnan Sempit..filem kegemarannya.5 kali Zack layan cerita tu di panggung..

Syidi: Aku masih tak puas hati la dengan jawapan ko Mus. Habis tu, pakcik ko yang join bisnes sekali dengan ko tu mana pegi?
Mus: Demi Allah bro, aku bagitau yang betul.Pakcik aku tu tak wujud pun bro. Aku reka semua tu.Sebab aku nak bagi orang percaya. Semua cerita aku plan dari awal.Aku plan sorang- sorang je benda ni.Aku betanggungjawab bro dan akan setelkan masalah ni.Bila keadaan dah ta terkawal, aku dah tak boleh control diri aku dan dah tak boleh nak rolling duit, aku jadi takut..sebab tu aku mendiamkan diri..
Zack: bertanggungjawab apanya.ko lari dari kita orang ada laa.senyap terus sampai kita orang cari ko sendiri.apa citer?

Mus terdiam mendengar kata- kata Zack.Memang benar dia cuba melarikan diri dari berdepan dengan masalah besar yang dihadapinya.Perasaan takut mula menyelubungi diri Mus apabila mendapati penipuannya terbongkar di CG.

Syidi: ko tak kesian ke kat kita orang.Orang- orang yang menaruh sepenuh kepercayaan kat ko Mus.ko gunakan trader rating tuk menipu orang.sebab kau, orang yang betul- betul jujur nak beniaga kat cg terkena kesannya.ko tabur pasir dalam periuk nasi dia orang ko tau tak?ko tengok thread scam yang Syada buat tu.kesian aku tengok kawan- kawan CG yang kena tipu.. bukan semua berduit..ada yang pinjam duit orang lagi sebab percaya kat ko..ko punya susah ko pas kat orang lain bagi susah sama..pe kejadah ko ni..ni yg terbaru ada lak aku dengar, pinjam duit bini belajar ..tak tau la apa akan jadi kalu bini dia dapat tau nanti...aku pulak yg mental..sakit hati .. aku tengok CG bertambah sakit ati aku ..yg bercerita masalah dan bagi cadangan yg bernas ok la..yang bising- bising tak tau citer buat citer pun satu hal..last- last aku tak payah tengok cg tu..kumpul buyer-buyer ko bincang kat muka buku...
Mus: Err,.muka buku tu apa bro?
Zack: laa ko ni..muka buku tu Facebook laa..ketinggalan zaman la ko ni..tak layan lagu Najwa Latif la tu..layan la Iron Maiden ko tu..lagu antu..sama macam hang Mus..
Mus mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal..
Zack: masa 1st batch tu mana ko dapat duit nak beli Ipad?
Mus: Aku ada buat loan RHB bro guna nama mak aku.duit tu la aku guna tuk 1 st batch..2nd ngan 3rd batch aku rolling guna duit buyer...apa-apa pun bro, aku akan cari duit ganti balik duit korang semua.
Syidi: ko nak cari duit celah mana lagi Mus? Kawan-kawan ko dah kena,budak-budak CG dah kena.ngan siapa lagi ko nak tipu nak ganti duit kita orang?ko ingat sikit ke 150k tu?aku yang gaji 3k keje dah 10 tahun pun simpanan tak cukup 20k lagi dalam bank.tu pun dah habis bagi kat ko..adoi ai.. Selama ni ko sedap tergolek main game,takde pulak usaha ko nak keje cari duit.Aku pulak datang dari KL jauh-jauh semata-mata nak kejutkan ko bangun pagi pastu soh ko cari keje?ko nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat ko ni Mus.ko bleh paham ke?aku tengok ko blur je?ko jangan risau aku akan pastikan ko ke balai jugak hari ni!


Kata Syidi tegas.dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Mus.Masih memikirkan dan mencari jawapan ke mana duit sebanyak tu lenyap..persoalan yang seolah-olah amat berat untuk diterjemahkan oleh akal manusia biasa.

Mus: Err..bro, aku ada dapat peluang tuk jual beli tanah.aku jadi orang tengah dan aku boleh dapat komisen.Pinjam tab ko bro aku tunjukkan..
Syidi: Ah malas aku nak dengar citer ko lagi...ko kol pakcik tu bagitau aku nak beli tanah dia tujuh kaki.soh dia korek siap-siap untuk ko.Dah jom gerak gi KL.aku dah semak dok sini lama- lama.


Terkedu Mus mendengar kata-kata Syidi.Namun dia terpaksa mengikut ke KL kerana telah bersetuju untuk memberi kerjasama.Jam tepat menunjukkan jam 12 tengahari, mereka beredar dari Tasik Gelugor. Singgah sebentar di stesen Petronas untuk mengisi minyak sebelum memasuki Lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur.


Di dalam kereta;

Zack: Mus, ko penah dengar tak lagu 'Pusara di Lebuhraya'?
Mus: tau bro lagu tu..walaupun minat aku lebih kepada Iron Maiden..tapi aku layan gak lagu- lagu Rock Melayu ni..best bro..
Zack: aku tanya tau ke tak, lebih- lebih pulak...kalo ko nak pusara ko di lebuhraya aku boleh buat jadi betul..
Mus: Eh taknak la macam tu bro..kata nak pegi balai?
Zack: ok kalo taknak, skang ko amek Tab Syidi ni, ko log in masuk dalam CG..masuk kat thread yang Syada buat tu...aku nak ko jawap satu-satu soalan budak-budak dan mengaku yang ko memang scam sebenarnya.
Mus: aku nak tulis macam mana bro?
Zack:Eh, aritu ko bukak thread bukan main tersusun lagi ayat ko.skang ko tanya aku pulak macam mana nak karang?jangan macam- macam la Mus.Bagitau sekali kita orang dalam perjalanan bawak ko ke balai polis.
Mus: Ok bro....


Mus menurut semua arahan Zack...dia pasrah.Dengan hati yang berat, dia log in ke CG dan membuat pengakuan..pengakuan esklusif dari seorang scammer ulung..sementara itu, Syidi menghubungi telefon bimbit Syada...satu-satunya Bunga yang menjadi mangsa Mus...Syada yang menjadi pembuka thread berkenaan penipuan Mus..

Syidi: Hello..A'kum Syada..Syidi ni...
Syada:W'salam Syidi...Iye ..ada apa?
Syidi: aku ngan Zack dah jumpa Mus.
Syada: haa! Dah jumpa? Kat mana? Abis macam mana?!!


Bertubi- tubi soalan dilontarkan kepada Syidi.Suaranya yang tadi lembut manja kini berubah..seolah-olah tidak percaya yang Mus berjaya ditemui.Ada terbit sedikit sinar harapan untuk dapatkan duitnya yang telah ditipu.

Syidi: Rilex-rilex Syada..yang lain- lain nanti aku citer..skang ni ko contact semua budak-budak, post kt thread yang kita dah dapat Mus,mungkin sampai KL dalam pukul 5-6 petang.mintak semua yang ada kat area Kl datang ramai-ramai ke IPD Petaling Jaya.aku akan bawak Mus ke sana.kita buat report ramai- ramai hari ni .
Syada: ok ok Syidi..faham...nanti aku bagitau dia orang..pape ko update dengan aku k...
Syidi: orait.....


"Hmm..sedap jugak suara Syada dalam phone...mesti manis orangnya..Syidi Syada..macam kena pulak.."Syidi berkata-kata di dalam hati sambil tersenyum sendirian...

Zack: Haa dah siap lum Mus?
Mus:dah bro..
Zack: tengok sket apa yang ko post...jgn ko bukak 5 th batch suda..
Zack: ok skang ko bukak mayban2u ko..aku nak tengok akaun ko..
Mus: ok kejap....ok dah..nah bro...


Zack mengambil tab dari Mus..ditenungnya screen tab yang memaparkan baki akaun Maybank Mus...dahi Zack bekerut melihat baki akaun maybank milik Mus.

Syidi: nape zack?bape ribu ada dalam akaun mamat ni?
Zack: hmm..seperti yang disangka... Tinggal RM18.35 sen je bro..habuk pun tarak...


Zack kemudiannya memeriksa transaksi kad debit dari akaun Mus.jelas Mus membeli semua Ipad2 di Switch dengan harga pasaran..banyak transaksi yang ada dengan setiap satu nilai melebihi 2 unit Ipad2..transaksi keluar masuk akaun pula menunjukkan jumlah paling banyak di masukkan ke akaun Mus oleh buyer berjumlah RM13000.Duit siapa la agaknya tu.Dan duit RM13000 itu dikeluarkan pada hari yang sama juga menggunakan buku akaun.

Zack: Eh Mus, ni ko kuarkan 13K ni one shot buat apa?ko masuk kasino berjudi ke?
Mus:Eh takde bro..aku tak penah bejudi..dosa bro..
Zack: pandai pulak ko dosa pahala.tipu duit orang tak dosa?abis ko buat apa duit tu?
Mus: macam ni bro, kalau aku nak pi beli Ipad dalam kuantiti yang banyak,biasanya aku akan kuarkan guna buku pastu baru gi kedai beli..
Zack: Boleh caya ke..patutnya pakai debit kad la lagi senang tak payah bawak cash banyak- banyak.dah jadi macam ni pun ko nak menipu lagi Mus.dah senyum sket aku nak ambik gambar ko..aku nak post kat CG.Kisah ko ni biar jadi pengajaran kat scammer- scammer lain.ingat forumer CG ni suka- suka hati ke masuk CG nak kena tipu.


Mus hanya memandang kosong ke depan tanpa melihat ke arah BlackBerry Zack yang digunakan untuk mengambil gambarya.


Jam telah menunjukkan pukul 2:30 petang...kereta yang mereka naiki telah menghampiri RR Sungai Perak, lebih kurang 5 KM lagi..

Syidi: Zack, jom la kita benti dulu .rehat- rehat, solat, makan..mata aku dah pedih- pedih ni.
Zack:Orait, perut aku pun dah main lagu keroncong ni...lapar beb..


Ternyata perjalanan yang jauh dan tidak tidur semalaman menyebabkan badan mengalami keletihan yang amat.Namun, demi membenteras isu scammer dan membantu rakan-rakan lain yang di tipu, digagahi jua apa yang dirancangkan..
Setibanya di RR Sungai Perak;

Mus: "The end is near"..( dalam nada berbisik)
Syidi:Apa ko cakap Mus?
Mus: Eh takde apa bro, aku nak pi tandas jap.
Zack: Jangan ko lari pulak..aku dah tak larat nak kejar ni..
Mus:Eh takde bro..
Syidiah gi cepat aku tunggu kat meja hujung sana tu.


Syidi berkata sambil menunjuk meja yang di maksudkan.Mus mengangguk kepala dan beredar ke tandas.Selepas selesai, Mus menghampiri meja yang diduduki Zack dan Syidi.Kelihatan mereka berdua sedang menjamu selera.Menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

Syidi: Dah ko gi beli makanan cepat,nah amek duit ni aku belanja.

Syidi menghulurkan duit RM 10 kepada Mus.Tadi masa memeriksa dompet Mus, hanya ada sekeping duit RM 5 sahaja.Nak makan apa duit banyak tu.

Mus: Eh takpe bro aku dah kenyang..dah makan tadi..aku nak beli air mineral ja.

Mus menolak untuk makan.Mungkin apa yang terjadi ke atas dirinya hari ini membuatkan Mus putus selera.Berserabut kepala otaknya memikirkan masalah yang menimpanya.Fikirannya jadi buntu.Tidak seligat semasa membuat perancangan untuk menipu di CG.Setelah membeli air mineral, Mus duduk di sebelah Syidi;

Mus:Err bro...aku lupa nak bagitau lagi satu benda...aku ada...

Tiba- tiba telefon Syidi berbunyi..mematikan kata -kata Mus..

Syidi: Fendi kol. ...Syidi memberitahu Zack
Fendi: Bro, sampai mana dah?
Syidi: Baru sampai Sungai Perak.Benti makan jap.
Fendi: oo..so apa citer Mus?ada dia bagitau apa-apa?
Syidi menceritakan kepada Fendi apa yang Mus cakap pagi tadi.
Fendi: hmm ok la..ko dah bagitau Syada lum?pastikan budak- budak lain semua tahu.lagi ramai turun lagi bagus.Apa- apa kol aku k..
Syidi: Dah bagitau Syada. Dia dah update kat thread sekali.dah kol n sms budak- budak lain..ok bro, pape aku update ..jangan risau...
Syidi mematikan perbualannya dengan Fendi.
Syidi: apa ko nak cakap tadi?ish aku still tak puas hati la dengan apa yang ko bagitau tadi.Ko buat ape duit kita orang ni ..150K tu bukan sikit..nak kata ko beli ipad semua tak jugak pasal 150K tu bukan semua dapat barang..takkan la boleh abis semua..ko tanam kat blakang umah ke..mana la ko sorok duit tu..ok.. ni aku kira kira ***** je la..katakan dari 1st batch sampai batch 3.setiap batch tu 30 unit ipad yg ko beli dari switch ..so 30biji x 3 batcg = 90 unit.setiap 90 unit tu ko akan rugi 400 setiap satu sebab ko jual murah dari harga pasaran dan ko amik duit buyer harga penuh.kat situ je ko rugi Rm36000.semua barang tu buyer akui dapat batch 1 sampai 3..tp kali ni batch 4 ko kaut smpi 150K..sorang pun xdapat barang..kalu di tolak dengan kerugian ko sblm ni patutnya ada balance Rm114k.
Mus:Betul bro mmg aku rolling in the deep duit tu..dan bayar utang aku yg sebelum ni dan bayar duit kete..lagi satu..err aku ada beli dinar Iraq jugak sket
Aku: ko invest kat dinar iraq berapa banyak Mus?bape juta ko ada? Bukan main rancak ko kat thread tu.
Mus : aku beli tak banyak..campur- campur aku ada simpan 400k dinar Iraq.. rm80 tuk 25k dinar iraq..
Zack:habis ,duit tu la ko nak bayar nanti kalo dh RV?bila taun laa..
Mus: Aku yakin bro, satu hari nanti akan RV jugak..pecaya la cakap aku bro.
Zack: Ye laa..kalau RV..kalau tak?jap-jap..tapi kalo setakat 400k dinar baru baper je duit kita.. Baru RM1280
Mus: Betul bro..aku dah citer habis semua apa yang aku buat dengan duit orang..aku tak tipu..Demi Allah bro..takde tipu-tipu dah pasni...
Syidi: hmm aku dah susah nak pecaya apa yang ko cakap Mus..Dah la..ko sambung la citer ko kat balai nanti...


Mereka menyambung perjalanan terus ke Kuala Lumpur..tempat yang dituju, IPD Petaling Jaya..tidak banyak lagi yang ingin dikatakan dalam kereta..masing- masing melayan perasaan..Zack menyambung tido, belum hilang lagi mengantuknya..Syidi terus memecut keretanya..ingin sampai ke destinasi secepat mungkin..tepat jam 5.30 petang, mereka sampai di IPD Petaling Jaya.kawan kepada Fendi yang sepatutnya mereka jumpa ada tugas di luar.Dia mengarahkan Syidi dan Zack terus berjumpa dengan anggota polis di kaunter aduan untuk membuat report.

Zack: Cik, saya nak buat report tentang penipuan internet.
Anggota Polis: ok, nak taip report sendiri atau saya taipkan?
Zack:Cik taip la.Macam ni cerita dia cik..........
Zack menceritakan dengan panjang lebar dari awal apa yang berlaku.dari awal macam mana dia boleh tertipu dengan Mus.
Anggota Polis:Sekejap,awak cakap, orang yang menipu tu di Penang dan awak bawa dia sekali ke sini?Mana dia?
Zack:Tu Cik ..Itu Muzani...


Sambil menunding jari ke arah Mus yang duduk di ruangan menunggu.

Anggota: sepatutnya kena report kat Penang ni cik.kes ni akan di siasat di sana....buat apa susah payah bawa dia ke sini?

Zack dan Syidi saling memandang...,,
Apakah yang akan berlaku seterusnya?Adakah usaha mereka berjaga malam sia-sia..Macam mana dengan nasib Si Mus?semuanya akan tejawap dalam Episode 6...to be continue.... (**jangan marah aaa..panjang dah ni..)