Wednesday, 25 January 2012

Part 3 : Revenge of the Buyer

"bro, aku ada 5 stok ipad2 16 gb wifi akan smpai lg 2-3 ari.ada buyer aku tolak n mntak refund.if kau nak bro, aku tolak rm900 satu n kau kena konfem, bank in sebelum 3 ptg ni ya bro"..msg yg tertera di hp nokia 5800 milik Fendi...'hmm.. msg dari Mus," detik hati Fendi.. Fendi dh mencongak2.. " Wow..byk jugak aku bleh untung ni..harga market tuk spec tu RM1499..RM599 profit margin..tu baru sebijik...5 bijik?untung2.." ...ptg tu jugak Fendi bergegas ke Maybank tuk tranfer RM4500 ke ac Mus..dh 3 kali berurusan dgn Mus,semua brg smpai.apa nk risau.Mus mmg bleh dipercayai.Tinggi tu trader rating.lepas masukkan duit, Fendi terus sms Mus utk maklumkan transaksi yg baru dia buatnya..dan Mus membalas.."payment berjaya diterima bro.dlm masa seminggu dari skarang aku akan pos brg ko ya bro."..
Fendi tersenyum riang...bagus si Mus ni..ada peluang bisnes,kongsi dgn rakan2 CG yg lain..bleh la buat duit tambah belanja.Fendi nekad, duit yg dia gunakan tu sebenarnya utk buat kenduri akikah anak yg baru lahir...tp atas sbb percaya dan memikirkan keuntungan, Fendi tak kisah semua tu........3 minggu kemudian.....
Fendi mula resah..brg yg dijanjikan Mus smpai dlm masa seminggu tak kunjung tiba . di CG dh kecoh pasal ramai buyer yg senasib dgnnya..ada yg dh lebih sebulan menunggu..dia cuba kol Mus,tpi hampa...Mus tak menjawap panggilannya..Fendi mnghantar sms kpd Mus..
"salam bro,apa citer ?brg tak smpai2 lg ni.bdk2 semua dh kecoh bro.ada prob ngan supplier ke?hmm kalo takde brg, ko refund lahnduit aku sikit dulu bro, RM2K dulu jd laa.."..tp Mus masih tak menjawap sms Fendi...Fendi ada menghubungi beberapa org buyer yg senasib.
beberapa siri perbincangan dan telahan dibuat, cara utk mencari dn dpatkan duit balik..rupa2 nya ada ramai lg belum dpat brg dlm jumlah yg lebih besar...paling besar cecah 25K ..baru 2 hari lepas mereka merancang utk menangkap Mus di Bangi..tp kecewa sbb tersilap org....Fendi termenung sendirian..dikeheningan mlm yg sunyi, tiba2 HP Fendi berbunyi, "insyAllah,insyaAllah, insyAllah you'll find the way..".. Lagu Maher zain berkemundang di hp Fendi...Syidi kawan senasib Fendi kol....
Syidi: bro..apa plan kita nak buat pasni..adoi,bleh tesilap org pulak..kecewa aku..
Fendi: aku pun frust bro, bukan ko sorang je..plan yg aku ckp aritu ok tak?
Syidi:aku on je..kita pegi Sabtu ni nak?tp kalo bleh ramai sket lg bagus..kasi gegar mamat tu..
Fendi:mmg la..tp sape je bleh nk follow bro, masing2 bz..jauh plak tu..eh, tp Zack konfem bleh ikut.ok la kot 3 org.. Ramai2 kecoh la pulak..
Syidi: ok bro, aku dh panas dh baca thread syada tu..bdk2 CG semua ingat kita tak amek action pape..tu aku tak sabar nk turun Penang ni.
Fendi: rilex bro, aku pun bengang gak.tp betul gak dia org ckp tu..dh byk sgt kes scam kt CG tp scammer semua lepas cmtu je.menjadi2 la org nk menipu.kita yg jujur ni jd mangsa.
Syidi: orait..nnti konfem balik kul bape nak gerak Sabtu ni.

Fendi dh berbincang dgn Syidi n Zack. tindakan drastik perlu diambil.Mereka perlu ke Penang mencari rumah Mus untuk tahu cerita sebenar.Fendi ada menghubungi beberapa org mangsa di sekitar KL utk bgtau plan mereka.tp nmpaknya ramai sibuk dan tak berkesempatan untuk ikut ke Penang.Fikir Fendi kalau nak tunggu semua free mmg lambat la. Tiga org pun jadi laa..
Sabtu yg ditunggu2 pun tiba.Disebabkan beberapa urusan yg belum selesai, rncangan utk bergerak ke Penang jam 10malam ditunda ke 12 tgh mlm..mereka semua berkumpul di rumah syidi.Tepat jam 12 tgh malam, mereka bertiga bergerak menaiki kereta Wira turbo milik Syidi dgn satu tujuan, satu harapan ( mcm AF la plak).
Sebelum bergerak, Fendi ada menghubungi Hashim.dia merupakan bekas kawan Si Mus ni. putus kawan sbb kes scam duit org jgk la. Hashim berjanji utk tunjukkan rumah Mus. Menurut Hashim,dh lama dia tak nampak Mus di kawasan Tasek Gelugor. tak tau ke mana dia pergi.
Sementara itu di dalam kereta...
Zack: jadi jgk plan kita nak ke penang cari mus kan..tp korang rasa dia ada kt rumah ke?
Fendi: aku tak harap pun dia ada kt rumah bro.tah2 dh cabut ke siam dgn duit yg dia scam ..byk tu 100 k..takkan dia dh scam nak duduk kt rumah je kot..
Syidi: tu laa..aku pun rasa dia dh takde kt rumah..dapt jumpa family diaun jadi la..kita slow talk citer masalah kita.harap dia org bleh paham.
Fendi: tu ler..kwn dia Hashim ckp bapak dia dh xde..dia ada sorang adik dgn mak dia je..mak dia keje cikgu.
Zack: oo ye ke..sian kt mak dia.tp nak taknak kita kena ckp gak.sape yg nak kesian kt kita..eh Syidi kalau ko ngantok bgtau.aku bleh drive.
Syidi: ok2. Aku ok lagi..hmm tp kan,kalau kita gi rumah dia, tiba2 Mus ada..mcm mana?
Fendi: mcm mana apa..lepuk ler sedas dua..baru tanya..tp kalau gi tgk2 belonggok2 ipad2 kt umah dia...camne tu..
Zack: apa lagi, kita amek la bahagian kita,pastu kita letak lg modal tuk stok baru..kahkahkahkah..

Berdekah Fendi dan Syidi mendengar teori yg zack utarakan..walaupun mereka tau perkara tu mustahil, sekurang2 hilang sket stress masing2 ..jam 3 pagi mereka dh smpai di RnR sungai Perak..ngeteh dulu..laju jgak Syidi bawak kete,.turbo la katakan..lepas rehat lbih kurang 15 minit, mereka menyambung perjalanan.Zack offer tuk drive, tp Syidi menolak..dia larat lg katanya..setelah menyambung balik perjalanan, mereka bertiga berborak kosong utk hilangkan rasa ngantuk.mcm2 teori apa yg akan berlaku bila tiba di Tasek Gelugor nnti..
Jam lebih kurang 6 pg,mereka smpai di Tol Juru..berhenti sebentar di Shell selepas tol utk solat suboh dan mencuci muka.Fendi sms Hashim memberitahu mereka dh smpai di Juru.Hashim meminta Fendi berjumpanya di hadapan BSN pekan Tasek Gelugor.selepas selesai solat, mereka bergerak ke Tasek Gelugor.lebih kurang 10 minit dari Tol Juru.sampai di BSN mereka menunggu kedatangan Hashim.
langit mulai cerah,kedengaran ayam berkokok..memang terasa suasana kampung..berbeza dengan hiruk pikuk KL..kota metropolitan..dlam kedinginan pg, Hashim tiba di BSN dengan sebuah kancil bertemankan seorang kawannya berbadan ala bonzer.setelah bersalaman dn memperkenalkan diri, Hashim mengajak Fendi, Syidi dan Zack utk ke warong berhampiran.sarapan dulu katanya.Di dalam warong:
Hashim: naya kat hampa no..jauh2 dtg mai cni.haram jadah punya Mus.tak serik2 lagi lepas kes dulu.
Fendi: dulu dia tipu apa bro?
Hashim:sebelum ni habis kami kwn2 dia tipu..tipu jual netbook murah jgk la..tapi silap dulu kami tak bawak dia pi balai..kami pukul sket2 ja pastu bg warning kt dia baya balik duit kami.smpai la pun masih hutang lg.dekat 20k jgk dia tipu dulu.
Syidi: ish..kali ni tipu smpai 100k takkan tak dapat cover hutang lama kot?
Hashim: pffffssttt!!...apa?100k? Kuang ajaq punya mus..smpai hati dia tipu duit org melayu byk tu..tak bleh jadi ni..jom kita gerak gi rumah dia..
Zack: jap bro..tak abis lagi nasi lemak aku ni..lapa ni bro...

Zack bersuara sambil menghabiskan nasi lemak daun pisang lauk ikan masin berharga 50sen..lapar sungguh si Zack.setelah selesai bersarapan, mereka semua bergerak ke rumah Mus..tak jauh dari situ..sampai je di rumah Mus.Hashim memberi isyarat yg kereta wira Mus ada di garaj.Fendi mengarahkan Zack dan Syidi utk pergi ke belakang rumah.cover pintu blakang.
Tiba2 kelihatan seorang makcik berumur lewat 50an di bhgian dapur." mak Mus tu " Hashim memberitahu..
Fendi:assalamualaikum mkcik.
Mak Mus: Waalaikumsalam nak..cari siapa?
Fendi: saya kwn Mus, Mus ada mkcik?
Mak Mus: ada kt dalam.tgh tdo agaknya.kejap makcik panggil dia..Musss. Ooo Mus..kawan hang dtg ni haa..

Berderau darah Fendi dan Syidi bila tau Mus ada di rumah.tak sabar rasanya nk berhadapan secara live dgn org yg telah menipu mereka dan merentap kepercayaan warga CG.selang 5 minit...keluar seorang lelaki berumur 20 an kuar berjalan kuar..dengan memakai tshirt dan kain pelikat..nmpak sgt baru bangun tido... "Amir!apa khabaq..lama tak nampak..."pemuda tersebut menyapa Fendi.. "ah sudah...sape pulak Amir?" detik hati Fendi...siapakah sebenarnya pemuda tersebut?adakah dia Mus yg dicari2?semuanya akan terjawab dalam sambungan Part 4..tunggu..(letih oo type )..to be continue..

No comments:

Post a Comment