..
Fendi memerhati pemuda yang berdiri di depannya. Diamati pemuda tersebut betul- betul..atas bawah di pandangnya.."betul ke Mus ni
Fendi: aku bukan Amir la Mus..takkan tak kenal aku..aku Fendi la regular customer hang..Ipad 2.. Ingat tak?
Mus: oo kau bro mau nya aku tak ingat..regular customer tu..jemput- jemput masuk
Fendi: takpe bro, kita sembang kat luar je laa..lagi pun aku nak cepat ni.ko pegi la pakai baju ngan seluar..kita bincang kat taman depan tu.
Mus: ok bro..ok jap bagi aku 5 minit aku tuka baju..
Fendi: haa ok..cepat sikit..
Di satu sudut kelihatan mak Mus mula resah..dia seakan- akan tahu yang anaknya ditimpa masalah besar. Masih segar diingatan kes Mus menipu duit kawan-kawannya sampai RM20K. Naluri keibuannya kuat mengatakan perkara yang sama berulang kembali.
Mak Mus: ada apa nak yang berlaku sebenarnya?dia tipu apa kali ni?
Zack: dia jual barang makcik,duit dah ambil tapi barangnya takde.Dah lama ke dia tak keluar rumah?
Mak Mus:
Syidi: takpe, makcik jangan risau, kami datang ni nak bincang elok- elok dengan dia.takdak nak buat apa pun.
Zack: eh mana Mus ni? Lama betul tuka baju..
Tiba- tiba kedengaran pintu gril pintu hadapan terbuka..
Hashim: eh Mus nak lari tu ikut pintu depan.
Zack: kejar bro!! Kejar!
Kelihatan Mus sudah keluar dari rumah dan berlari ke jalan besar..Zack dan Syidi cuba mengejar Mus..Syidi berlari sekuat hati..dia masih teringat semasa tingkatan 4 zaman kegemilangannya..memegang rekod pecut 100 meter sampai sekarang tiada orang memecahkan rekodnya ..walaupun sekarang perut semakin maju,nyata dia masih berbisa..tidak lama selepas mengejar, dia dapat menyaingi Mus dan terus menerkamnya. Gedebuk!!...Syidi dan Mus terjatuh di tepi jalan..sebentar kemudian Zack dan Fendi pun tiba.
Fendi: eh Mus ko nak lari buat apa?mengah aku mengejar ni..
Mus: Hangpa kejar, aku lari la..aku..err aku sebenarnya aku nak pi beli rokok sat kat kedai depan tu.( Mus dah kehabisan idea untuk memberi alasan..)
Zack: banyak la....ko ..punya rokok...buat lawak lemban pulak..
Kata Zack termengah-mengah..terasa bergolak nasi lemak ikan masin dalam perut yang baru di makan pagi tadi.
Syidi: dah dah..jom bawak dia cerita jauh sikit dari sini.
Setelah meminta kebenaran dari mak Mus, mereka membawa Mus menaiki kereta ke taman permainan lebih kurang 300 meter dari rumah Mus. Hashim dan kawan bonzernya turut serta. Sebenarnya Hashim juga menaruh dendam dengan Mus sebab Mus pernah menggunakan nama kedainya yang menjual aksesori komputer untuk menipu kawan- kawan. Sedikit sebanyak Hashim pun terkena tempiasnya. Sekarang Mus ada di depan mata masakan dia nak biar macam tu je. Sampai di taman, mereka semua turun dari kereta. Kelihatan beberapa keluarga sedang bersantai di sekitar taman . Setelah semua turun, Mus memulakan bicara ;
Mus: Sebenarnya bro, aku memang scam korang.....Aduh!!
Belum sempat Mus menghabiskan ayatnya, satu penumbuk sulung tepat singgah di muka Mus. Rupa-rupanya Syidi dah tak tahan menahan geram. Lepas satu, satu penumbuk dilepaskan. Di muka, di perut, di belakang badan. Mus hanya mampu menutup mukanya dengan tangan menahan asakan dari Syidi.
Geram sungguh Syidi..itulah penangan bila ditipu RM 20k..ya..Syidi sorang je dah 20K..memang gila!!. Fendi tersentak melihat tindakan Syidi. "Eh Syidi ni, tadi dia yang cakap nak bincang elok2." getus Fendi di dalam hati. Zack pula hanya berpeluk tubuh. Kepalanya ligat memikirkan kewajaran untuk menyertai Syidi melaukkan Mus. Rasa geram memang dah membara.
Baru je Zack nak memulakan langkah pencak silatnya, Fendi cuba menenangkan Syidi..tiba- tiba entah dari mana Hashim melompat dan membuat 'flying kick' ke arah Mus. Tepat kena di dada Mus..terjatuh Mus ke tanah..tercampak cermin mata bingkai merah yang di pakainya..selepas terjatuh, Mus di asak lagi dengan tumbukan demi tumbukan yang dilepaskan Hashim..Syidi yang tadi telah tenang kembali menyertai Hashim. Memang teruk Mus kena. Sekali lagi Fendi cuba melerai dan menenangkan keadaan.
Walaupun di dalam hatinya geram dan marah pada Mus, tapi bila melihat Mus teruk dibelasah, timbul rasa kasihan di dalam hatinya. Walaupun orang yang dikasihaninya itu menipu dia hidup- hidup..
Fendi: Hashim!Syidi!..Dah dah!.cukup! Orang tgk tu..relax dulu.
Syidi: orang macam ni tak boleh di kesiankan bro.kena ajar cukup2! Baru dia beringat!s**l!lan*au!
Fendi: takpe bro, cool dulu..Mus bangun! Aku nak cakap ngan ko kejap.
Lantas Mus bangun.. Kelihatan sedikit darah dipipinya. Kuat jugak tumbukan dari Syidi dan Hashim. Mus membersihkan pasir-pasir di muka,tangan dan baju MetalAsia yang baru dibelinya dua hari lepas. Setelah keadaan kembali tenang, Fendi menarik Mus jauh sikit dari yang lain- lain.. Tiba-tiba......
Pakcik Tua: Hoi budak- budak! Apa yang korang buat ni?nak jadi samseng ke kat sini?!!! Pasai apa hangpa belasah kawan tu?
...siapa pula gerangan pakcik tua yang menyergah Fendi dan rakan-rakanya? Dapatkan jawapan di dalam Episode 4 Part 2..to be continue..
No comments:
Post a Comment